<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31




Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed

blogdrive

May 20, 2004
SETULUS HATIMU

SINOPSIS

Pandangan pertama telah membuatkan Azyatul Attira terpikat lalu jatuh hati pada Ikmal Ariff yang merupakan pelajar tahun akhir. Namun dia takut untuk merapati Ikmal kerana takut dikecewakan. Sebelum ini dia pernah dikecewakan oleh Izat Iskandar semasa mereka di matrikulasi. Namun Attira dan Ikmal semakin rapat kerana mereka seringkali bertemu sama ada di dalam kelas mahupun di luar. Ikmal juga merupakan tutor Attira. Attira seringkali mengusik Ikmal dan tanpa disedarinya, dia semakin menyukai Ikmal.
Pada masa yang sama juga, Ikmal berkawan dengan Aryani yang juga merupakan kawan Attira. Tanpa pengetahuan Ikmal mahupun Attira, Aryani turut menyukai Ikmal. Aryani seringkali meluahkan isi hatinya pada Attira membuatkan Attira berasa jauh hati dan ingin membuang perasaannya terhadap Ikmal kerana dia tidak sanggup melukakan hati kawannya.
Suatu hari Ikmal meluahkan isi hatinya kepada Attira. Attira begitu terkejut mendengar penjelasan Ikmal. Hatinya menangis sendirian. Ikmal memberitahu Attira bahawa dia menyukai Aryani. Tapi pada masa yang sama juga Ikmal ingin tahu isi hati Attira terhadapnya. Attira tidak sanggup menjawab soalan itu di hadapan Ikmal kerana dia takut pada jawapan yang bakal diberikan. Attira menjauhkan dirinya daripada Ikmal kerana dia tidak sanggup berhadapan dengan Ikmal. Ikmal berasa jauh hati dengan sikap Attira. Dia ingin berkawan kembali dengan Attira. Ikmal cuba merapati Attira kembali. Akhirnya Attira menerima kembali kehadiran Ikmal. Mereka kembali rapat walaupun tidak serapat dahulu.
Masa berlalu. Ikmal menamatkan pengajiannya. Hubungannya dengan Aryani juga telah putus disebabkan oleh sikap Aryani yang terlalu cemburu. Pada Attira, Ikmal mengadu dan menceritakan segala masalah dan keluhan hatinya. Mereka semakin rapat. Tetapi antara mereka tetap ada jurang yang memisahkan. Ikmal menemui gadis lain di tempat kerjanya. Ini melukakan hati Attira sekali lagi. Attira terkilan kerana Ikmal tidak pernah memahami isi hatinya.
Tanpa disangka-sangka, Izat kembali semula. Dia ingin bersahabat dengan Attira walaupun pada masa itu dia telah mempunyai kekasih. Attira menerima kehadirannya sepertimana dia menerima kehadiran Ikmal daam hidupnya. Dia pasrah dengan takdirnya. Dia juga menyerahkan apa yang berlaku kepada tuhan.
Setiap hari Attira berdoa agar dirinya dikurniakan sedikit kebahagiaan. Dia menjalani hidupnya dengan tabah dengan sokongan sahabatnya, Razilla. Gadis itulah yang selama ini mendengar rintihan hati Attira. Izat meninggalkan Attira sekali lagi. Dia memutuskan persahabatan mereka hanya kerana dia mementingkan egonya dan juga kebahagiaannya sendiri. Attira menerima keputusan Izat walaupun dia terluka dengan sikap Izat.
Tidak pernah diduga oleh Attira, Ikmal akan melamarnya. Ikmal akhirnya meluahkan isi hatinya yang sebenar. Selama ini dia menyukai dan mencintai Attira tapi dia tidak yakin kerana Attira tidak pernah menunjukkan isi hatinya. Attira menerima lamaran Ikmal dengan harapan Ikmal tidak akan mempersiakan dirinya. Mereka hidup bahagia walaupun mereka tidak tinggal bersama. Attira terasa amat bahagia. Ikmal melayannya bagaikan puteri.
Namun saat terindah hanyalah sementara. Dugaan mula melanda rumahtangga Attira dan Ikmal. Izat kembali sekali lagi untuk menagih kasih dan dengan harapan Attira menerimanya semula. Dia menyesal dengan sikapnya dulu yang terlalu mementingkan diri sendiri. Dia ingin Attira menerimanya lebih daripada seorang kawan. Attira tidak dapat menerima Izat lebih daripada itu. Izat mendesak Attira menerimanya. Attira memberitahu Izat bahawa dia telah bertunang. Izat kecewa mendengarnya namun dia tidak putus asa untuk memujuk Attira.
Tidak cukup dengan dugaan itu. Suatu hari sewaktu Attira keluar dengan Yuhana, dia terserempak dengan Ikmal dan Aryani. Waktu itu mereka sedang berpegangan tanya dan kelihatan begitu mesra. Attira cuba menahan perasaan marahnya. Tapi dia tidak mampu untuk menahan tangis.
Ikmal cuba memujuk Attira dan menerangkan situasi yang sebenarnya. Namun hati Attira cukup terluka. Attira tidak memperdulikan pujukan Ikmal. Dia tidak mahu berjumpa Ikmal. Ikmal mengalah dan memberi masa untuk Attira tenang kembali.
Attira rasa tertekan. Aryani memarahinya. Attira mula mengasingkan dirinya daripada kawan-kawannya termasuklah Razilla. Akhirnnya Attira jatuh sakit terutama setelah dia jatuh tangga. Namun dia berdegil tidak mahu berjumpa dengan doktor.
Kesihatan Attira semakin teruk. Dia mengalami kekejangan di perutnya. Ikmal terus ke rumah setelah menerima panggilan Attira di tempat kerjanya. Semasa Ikmal sampai, Maizurah baru pulang dari fakulti. Attira dijumpai pengsan di dalam biliknya. Ikmal menghantar Attira ke hospital ditemani oleh Maizurah.
Attira dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Doktor memberitahu bahawa Attira hamil tetapi kandungannya gugur. Dia mengalami tekanan perasaan dan dimasukkan ke dalam wad. Maizurah begitu terkejut bila mendengar penjelasan doktor tersebut. Ikmal memberitahu perkara yang sebenar dan meminta Maizurah merahsiakan perkara itu terutama daripada Aryani.
Ikmal menjaga Attira. Apabila Attira mendapat tahu keadaan diriya, dia tidak dapat menerima hakikat. Dia menyalahkan Ikmal atas apa yang telah berlaku. Hatinya semakin terluka. Dia tidak mahu berjumpa dengan Ikmal lantas membuatkan Ikmal semakin menyesal. Attira pulang ke rumah ibu bapanya. Dia tidak lagi tinggal di rumah sewanya.
Setiap hari Ikmal menghubungi Attira. Pelbagai cara dilakukan untuk memujuk Attira. Dia juga telah berterus-terang kepada Aryani. Aryani akhirnya menarik diri. Dia terpaksa menerima hakikat yang sebenarnya setelah dipujuk oleh kawan-kawannya.
Setelah menamatkan pengajiannya, Attira mengambil keputusan untuk menerima tawaran kawannya untuk bekerja di Universiti Malaysia Sabah. Sebelum pergi, Attira ingin berjumpa dengan Ikmal. Dia mahu Ikmal melepaskannya. Dia tidak sanggup hidup bersama Ikmal walaupun dia masih menyayangi Ikmal sepenuh hati. Namun Ikmal tetap tidak mahu menceraikan Attira. Dia memberi masa untuk Attira berfikir. Tapi Attira tetap dengan keputusannya. Ikmal tidak sempat bertemu Attira semasa di lapangan terbang. Dia tidak sempat memujuk Attira untuk kali terakhir sebelum dia berangkat pergi.
Attira cuba memulakan hidup yang baru di Sabah. Namun dia tidak dapat melupakan Ikmal. Tanpa pengetahuan Attira, Ikmal menuruti jejaknya. Dia ke Sabah mencari Attira. Namun dia tidak terus berjumpa dengan Attira. Dia memerhati dari jauh. Dia ingin memikat Attira sekali lagi.
Setiap hari Attira akan menerima sekuntum bunga kesukaannya. Hatinya tertanya-tanya siapa pengirimnya tapi dia tidak tahu pada siapa dia harus bertanya. Setiap petang selepas waktu bekerja dan setiap malam, Attira akan ke pantai yang tidak jauh dari rumahnya. Di situlah dia akan duduk menenangkan diri dan fikiran sambil cuba melupakan apa yang telah terjadi. Tanpa pengetahuannya juga, setiap pergerakannya diperhatikan oleh Ikmal dari kejauhan.
Pada malam ulangtahun Attira, dia ke pantai seperti biasa. Di tempat dia selalu duduk, ada cahaya. Apabila sampai di tempat itu, Attira melihat ada sebiji kek yang tertulis namanya. Di situ juga ada sejambak bunga. Tiba-tiba dia mendengar lagu yang pernah menjadi lagu kegemarannya dan juga Ikmal. Air mata Attira menitis.
Kemudian dia mendengar ada seseorang memanggilnya dari arah belakang. Dia kenal suara itu, Attira menoleh dan dia melihat Ikmal tersenyum memandangnya. Dia terasa bagaikan mimpi. Ikmal mengenggam tangan Attira dan memohon agar dia kembali. Air mata Attira makin laju. Tanpa sepatah ucapan dan hanya dengan pelukan, Attira menerima Ikmal semula. Dia tidak dapat menipu diri. Dia terlalu menyayangi Ikmal.
Akhirnya mereka hidup bahagia. Ikmal mengambil keputusan untuk menetap di sana untuk beberapa tahun supaya mereka dapat melupakan apa yang telah terjadi antara mereka.


Posted at 5/20/2004 9:47:36 am by attyra
Make a comment

May 18, 2004
Tak ada tajuk... :)

Hari ni tak ada tajuk yang nak aku letak... macam tak ada idea untuk dicoretkan diruangan ini.
Tak sangka begitu lama aku tak menulis sesuatu untuk tatapan korang semua... sorrylah guys..
Okey... apa yang nak aku cerita nih ek?? Hajat aku nak upload gambar kat sini tak still tak pandai2.. Anyone yang boleh ajar... camne nak upload gambar??

3.5.04 ari tuh harijadi husband aku tapi sampai laa nih aku lom kasik die any gift... mmg hajat dihati nak kasik tapi brg yg diorder asyik tak kesampaian nak diambil.. isk isk isk... sibuk kalahkan menteri... kekekeke... tapi.... aku ada hadiah yang paling romantik dan bererti buat dirinya... apa?? hik hik hik.. nantilah ye... suatu masa nanti akan aku umumkan apa hadiah itu... ;)

21.7.04 nanti... birthday anak aku, aina... tapi rasanya tak celebrate.. cuma beli kek then dan buat doa selamat yang ringkas.. maklumlah... baru jek lepas 100 hari arwah ayah meninggal. Rasa macam tak baik or elok untuk raikan birthday... tapi rasa kesian lak... maybe belikan dia hadiah aje kot?? Tengoklah macam mana nanti....

Posted at 5/18/2004 10:04:20 am by attyra
Make a comment

April 28, 2004
Kepulangan Yang DiNantikan

Adussss... lamanya tak menulis...
minta maaf lerrr pada yg melawat blog Atie nih... Takde update utk beberapa hari.. Actually Atie baru aje balik dari training kat Singapore... Rasa penat sangat2 nih... kaki tuh rasa macam nak tercabut aje.. sampaikan bengkak2... nasib baik 2 hari aje... kalau lagi lama mahunya tercabut terus..
Balik dari training, kerja sedia menanti... aduhhhh sekali lagi... dapat ke siapkan before cuti panjang hujung minggu nih? Tawakal aje ler.... Semalam balik dah kol 11 malam... anak dah tido... penat dia menunggu mamanya... sampai tertidur... :)) pagi nih asyik nak dukung jek sbb takut kene tinggalkan... mulut kecil tu asyik mengajak pergi jalan2... kesian gak tapi apa leh buat... kene ghi kerje gak ari nih.. alangkah seronoknya kalau hari ni boleh cuti... kekekeke

Posted at 4/28/2004 10:41:00 am by attyra
Make a comment

April 21, 2004
Banyaknyer yang perlu aku buat.....

Lama rasanya tak menulis sesuatu kat blog nih...
takde idea dan juga takde masa.. isk isk isk... teruk kan?? apa nak buat??
minggu nih byk benar nak dibuat... kene settlekan projek yg aku tgh lead skrg nih before pergi training... then kene prepare proposal dan quotation...
tapi kalau dah settle... hujung minggu yg panjang bln 5 nanti boleh ler berehat sepuas-puasnyer
kekekekeke .... ermmm apa lagi nak ditulis...
okaylahhh lain kali aku bercerita lagi...

Posted at 4/21/2004 9:02:40 am by attyra
Make a comment

April 13, 2004
Aku , Graf Dan ........

Okay.... hari ni aku nak coretkan sesuatu... aku, graf dan ..... kuang 3x ....

Pening kepala aku bila pikirkan camne aku nak buat graf guna VB nih... boss suruh aku hand over kat sorang mamat indian nih tapi tgk mcm dia takde interest nak blajar camne nak buat graf...
makin pening kepala aku nih... boss kata boleh tukar team member tapi yg sorang nih kata dia takleh nak lepaskan keje die kat member aku nih sbb takut keje tuh tak siap2... kang marah lak mamat chinese nih kang... aku gak yg pening kang aaaa...

La nih... aku tak tahu apa yg nak buat.. buat graf?? sambung programming?? buat testing??? takpon buat documentation... itulaaa kalau memula dr dulu takde yg formal documentation.. semuanya guna verbal... masa nih ler nak cari border utk siapkan projek.... itu yg buat aku sakit kepala nih... camne ler nak cepat sihat.... kalau asyik2 nak argue ngan sorang lagi tuh... arghhhhhh tensennnnnnnn.....

semalam borak ngan kak ita... atynn... pasal baby... rasa cam seronok jek nak dapat baby.. tapi bile kenangkan anak aku yg sorang tuh rasanya tak termampu lagi nak tambah kekekek..

okeylah.. tu aje... lekali aku sambung lagi...

Posted at 4/13/2004 3:36:53 pm by attyra
Make a comment

April 9, 2004
Aku dan Selsema

Tak abih-abih aku kene selsema... isk isk isk.... yelah... baru jek nak elok dr selsema ngan batuk.. ahli family aku yg lain lak kene... camne tak menyakit balik kat aku??? sampaikan anak aku tuh dok 3 kali pegi klinik baru ler kering selsema dia... kesian gak tapi apa leh buat???
Nak ghi klinik malas sbb susah sgt nak cari tpt parking kete kat klinik tuh... masa terbuang hanya nak park kete... tapi hidung nih rasa cam nak tertanggal jek.. tisu berpuluh2 keping dah abih... elok nyer tak lagi.... eee geramnya.....

Posted at 4/9/2004 11:45:41 am by attyra
Make a comment

April 7, 2004
Nur Aina Athirah yang ku sayang

Bila aku balik dari keje semalam.... barulah anak aku nampak macam dah sihat dan segar balik.. Kalau tak tuh asyik merengek dan menangis... Tak nak kat orang lain even aku sendiri or ayah dia.. Jiran-jiran kata dia rindukan atoknya... kat mana aku nak cari???

Malam tadi aku mimpikan ayah aku... ini kali pertama sejak dia tiada lagi dalam hidup kami... Tiba-tiba aku sedar yang aku merinduinya dan selama ini aku terlalu bergantung padanya walaupun aku sudah mempunyai suami...

Aku harap sangat agar anak aku kembali sihat... Sesungguhnya aku rindukan kenakalannya yang kadang kala membuatkan aku penat yang teramat penat...

Posted at 4/7/2004 12:09:36 pm by attyra
Make a comment

April 1, 2004
Kali Pertama

Ini kali pertama aku mencatat sesuatu dalam blogdrive ini.
Mungkin inilah tempat untukku meluahkan isi hatiku....
setelah aku kehilangan seorang sahabat..

Semoga keluhan hatiku akan didengari olehNYA.
Semoga ianya dapat disampaikan kepada sahabatku itu...

Posted at 4/1/2004 10:58:16 am by attyra
Make a comment